Tajuk : Tips Atasi Rasa Gugup Ketika Temuduga Kerja

Proses temuduga adalah satu proses yang sangat kriktikal bagi seseorang calon dalam kemahuan untuk memenuhi kerja kosong yang di tawarkan oleh mana-mana badan swasta atau kerajaan. Perasaan gundah, risau, gugup atau pun rasa berdebar-debar adalah satu emosi yang biasanya akan di lalui oleh ramai calon pekerja sedangkan proses tersebut hanyalah memerlukan mereka untuk berbual dan untuk menjawab beberapa soalan tentang diri mereka sendiri.

Kerja kosong yang ada memang tidak memerlukan jumlah pekerja yang ramai. Mungkin satu kerja kosong seperti jawatan eksekutif akaun memerlukan sekitar dua orang pekerja namun calon untuk di temuduga melebihi 15 orang. Ini juga antara sebabnya mengapa seseorang itu merasa tertekan apabila mereka menghadapi sesi temuduga kerja.

1 ) Persiapkan diri

Hal yang paling penting ialah persiapkan diri anda sebelum anda mahu menghadiri temuduga mana-mana jawatan kosong online yang anda minati. Sangat penting untuk anda menjaga kesihatan diri sebelum anda menghadapi sesi temuduga. Faktor kesihatan sangat mempengaruhi diri anda ketika berbicara dengan orang ramai. Selain dari itu, sediakan juga kelengkapan pakaian yang sesuai mengikut etika yang di tetapkan.

2 ) Maklumat diri

Ada majikan sebuah syarikat swasta membuat perkongsian di wall akaun facebook beliau di mana beliau menyatakan antara sebab terawal seseorang calon itu di tolak mentah-metah permohonan kerja mereka adalah kerana mereka tidak membawa maklumat lengkap tentang diri seperti yang di kehendaki oleh bakal majikan.

Oleh itu, anda perlu memastikan kesemua maklumat diri yang di minta di sediakan tanpa ada yang kurang. Jika pihak bakal majikan mahukan anda menyediakan salinan IC 2 keping beserta 3 keping gambar ukuran passport, sediakan kesemuanya 3 hari lebih awal sebelum anda menghadiri sesi temuduga.

3 ) Maklumat syarikat

Majikan sangat suka jika calon pekerja mereka melakukan kajian tentang tempat kerja atau syarikat mereka. Ini menandakan calon itu sangat berminat untuk bekerja dengan mereka.

Oleh itu, anda perlulah melakukan sedikit kajian maklumat tentang syarikat tersebut sebelum menghadiri sesi temuduga seperti apakah nama penuh syarikat, apakah operasi utama syarikat tersebut,siapakah CEOnya dan berapa lamakah syarikat tersebut beroperasi. Ini antara maklumat asas yang boleh anda simpan agar bila mana sesi temuduga berjalan nanti, jika anda pertanyaan kepada anda apakah yang anda tahu tentang syarikat dan tempat kerja yang anda pohon, maka anda sudah mempunyai persediaan dan modal awal untuk memberikan jawapan.

4 ) Yakin, ringkas dan jujur

Ini antara elemen yang anda boleh gunakan dalam sesi temuduga kerja nanti. Setiap soalah yang di ajukan perlulah di jawab dengan ringkas dan tidak terlalu meleret sehingga makan masa yang lama. Ketika memberika jawapan, gunakan intonasi suara yang sederhana dan yakin. Jawablah dengan jujur sekiranya ia tentang diri anda sendiri.

Jika semua proses temuduga berjalan dengan lancar, insyAllah ada rezeki anda pasti akan di terima dalam memenuhi iklan kerja kosong yang ada.