Tajuk : Tips Komunikasi Berkesan Semasa Sesi Temuduga

Setelah anda berjaya mencari kerja kosong melalui cara online atau offline, perkara utama yang perlu anda sediakan selepas itu ialah menulis resume untuk di hantar kepada pihak syarikat. Selepas itu, anda perlu melalui proses temuduga jika di panggil oleh pihak pengurusan.

Baiklah, bercakap tentang sesi temuduga, perkara paling mustahak untuk anda lakukan semasa sesi ini adalah cara anda berkomunikasi ketika anda melakukan sesi soal jawab.

Mencari kerja kosong hari ini tidaklah terlalu sukar kerana banyak maklumat boleh anda dapat di hujung jadi. Namun berkomunikasi semasa sesi temuduga itu menjadi hal yang banyak di khuatiri oleh calon pekerja. Oleh itu, melalui artikel ini, anda akan di kongsikan beberapa tips khusus untuk memantapkan lagi proses komunikasi antara anda dan juga bakal majikan melalui sesi temuduga itu nanti.

Tips buat anda :

Tips 1 : Berlatih

Tiada cara lain yang boleh membantu anda untuk berkomunikasi dengan lebih baik ketika sesi temuduga melainkan anda sendiri berlatih untuk bercakap dengan orang lain tidak kira sama ada anda mahu menggunakan Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu. Jika anda mempunyai rakan serumah yang boleh menjadi majikan dan bertanyakan beberapa soalan kepada anda, maka itu adalah lebih baik.

Semakin banyak anda berlatih untuk bercakap, semakin lancar proses komunikasi semasa proses temuduga untuk berjalan.

Tips 2 : Merangka jawapan

Anda boleh menjangkakan apa soalan yang biasanya akan di tanya oleh seorang majikan kepada calon pekerja mereka sama ada soalan itu berkai dengan minat, pengalaman kerja atau pandangan mereka tentang isu semasa.

Anda boleh merangkan jawapan anda dengan menulis di kertas kosong dan berlatih untuk memberikan jawapan mengikut apa yang telah anda tulis. Cara ini juga dapat membantu anda untuk berkomunikasi dengan lebih yakin di hadapan bakal majikan anda kerana anda sudah pun mempunyai beberapa idea bagi memberikan jawapan jika di tanya.

Tips 3 : Bertenang

Ketika sesi temuduga itu nanti, cara yang terbaik untuk anda berdepan dengan bakal majikan adalah dengan bertenang dan kosongkan minda dari hal-hal yang negative. Jika anda bertenang, sesi komunikasi dan soal jawab juga akan menjadi lebih lancar dan anda di lihat dapat bertutur dengan kemas dan yakin.

Tips 4 : Mesra

Tidak terlalu mesra seperti anda berbual dengan rakan-rakan anda namun cukuplah dengan bertutur dengan nada yang sederhan serta lembut dan pada masa yang sama ia di susuli dengan senyuman buat bakal majikan. Tidak mengapa jika bakal majikan di lihat sangat serius asalkan anda memiliki sikap calon yang mesra ketika komunikasi, insyaAllah semuanya akan berjalan dengan lancar.

Semoga semua tips mudah di atas dapat anda gunakan untuk menghdiri temuduga mana-mana kerja kosong yang menarik minta anda nanti.