Tajuk : Mengapa Resume Anda Ditolak Oleh Majikan?

Bagi mereka yang baru sahaja menerima lulusan Diploma atai Ijazah, tahniah di ucapkan kerana usaha anda selama ini dalam menuntut ilmu akhirnya terbayar jua dengan kejayaan yang di terima. Mempunyai ijazah atau diploma bukanlah pengakhiran perjuangan anda untuk terus melakar kejayaan dalam hidup, namun anda perlulah pandai pula memasarkan diri untuk di terima bekerja bagi memenuhi mana-mana kerja kosong yang di tawarkan di luar sana.

Memang tidak dapat di nafikan, sesuai dengan bertambahnya jumlah syarikat dan juga perniagaan di luar sana, maka jumlah kerja kosong yang di tawarkan oleh institusi yang ada juga semakin meningkat. Kerja kosong yang ada juga mungkin sahaja menepati kelulusan anda, mungkin sahaja tidak.

Bagaimana perasaan anda, setelah anda mempunyai kelulusan, anda memohon untuk memenuhi satu kerja kosong untuk jawatan yang sesuai dengan kelulusan tersebut, namun akhirnya tawaran itu hilang begitu sahaja kerana resume anda mempunyai masalah. Ya! Jangan terkejut jika anda di tolak oleh majikan bukan kerana faktor lain tetapi masalahnya berpunca daripada resume yang anda tulis.

Melalui artikel ini, kita akan menggriskan beberapa sebab kenapa resemu sesetengah calon itu di tolak oleh majikan. Antaranya ialah :

1 ) Resume tidak lengkap

Ini antara kesalahan yang sering di lakukan oleh ramai calon iaitu menyediakan resume dengan maklumat yang tidak lengkap. Hal paling utama yang perlu anda pastikan melalui resume anda ialah, pastikan maklumat diri dan peribadi seperti nama penuh, umur, IC, alamat menetap, agama, bangsa di letakkan di awal resume. Kemudian ia di susuli dengan maklumat lain seperti pendidikan awal sehinggalah anda menerima kelulusan diploma atau ijazah melalui institusi.

Melalui resume juga, anda seperti memasarkan diri anda lewat penulisan. Oleh itu, majikan juga mahu anda sertakan kemahiran yang anda beserta dengan pengalaman kerja yang mungkin anda ada. Jika anda mahir menggunakan computer, anda boleh nyatakan apakah software khusus yang anda boleh guna dan pernah anda gunakan dalam kehidupan anda.

2 ) Resume tidak kukuh

Ini mungkin terjadi apabila anda memohon jawatan di syarikat yang mempunyai demand yang lebih besar yang mana mereka mengharapkan anda mempunyai resume yang agak power seperti mempunyai pengalaman kerja dari badan tertentu. Jika anda mohon kerja di jabat perakaunan, mungkin mereka mengharapkan anda untuk mempunyai keluluan paling kurang CAT dari ACCA Malaysia.

3 ) Anda punya masalah di laman social

Hari ini, ramai majikan gemar menggunakan internet sebagai rujukan. Resume juga boleh di terima lebih awal melalui emel sebelumk calon di panggil untuk sesi temuduga. Ada sesetengah majikan juga mahu anda untuk menghantar link URL akaun facebook, twitter atau Instagram anda.

Jika anda mempunyai social yang kurang bagus di internet seperti gemar bertengkar melalui laman social, kerap protes banyak perkara atau meletakkan gambar yang tidak senonoh di lamam social, ada kemungkinan besar resume anda akan di tolak begitu sahaja tanpa anda di panggil untuk sesi temuduga.

Jadi, anda jangan tidak percaya, hanya kerana sedikit kekurangan seperti di atas, resume anda berisiko untuk di tolak oleh bakal majikan.