Tajuk : Mudahkah Mencari Kerja Kosong Sebagai Jururawat?

Bagi mereka yang mahu mencari kerja kosong sebagai seorang jururawat pasti pernah terfikir adakah ia mudah atau sebaliknya? Katakanlah anda sekarang ini yang sedang membaca artikel ini mempunyai minat untuk menjadi seorang jururawat. Pasti akan terlintas di fikiran anda, adakah banyak kerja kosong di sediakan untuk mereka yang mahu menjadi jururawat tidak kiralah di klinik desa, bandar dan juga mana-mana hospital.

Bagi mereka yang mahu memenuhi kerja kosong sebagai jururawat di mana-mana kekosongan yang ada di Malaysia ini, perancangan anda perlulah di buat seawal yang mungkin bermula dari anda mendapat kelulusan SPM. Ini adalah langkah paling awal yang boleh anda mulakan.

Melalui artikel ini, kita akan berkongsi beberapa tips asas tentang cara untuk mendapatkan posisi sebagai jururawat dengan cara yang betul. Antaranya :

Pertama, jika seorang calon sudah mempunyai kelayakan atau kelulusan sebagai seorang jururawat, bagaimanakah mereka boleh memohon dan mencari kerja kosong di tanah air kita ini? Caranya, mereka boleh mengisi Borang SPA8i yang di sediakan melalui laman web ini:http://www.spa.gov.my/

Itu adalah cara yang boleh di gunakan oleh mereka yang sudah pun mempunyai kelulusan sebagai seorang jururawat.

Kedua, bagaimana pula dengan mereka yang baru sahaja untuk mohon akademik bagi menyambung pengajian untuk menjadi seorang jururawat? Mereka di sarankan untuk memohon Diploma Kejururawatan di USM secara sepenuh masa di Kubang Kerian, Kelantan. Permohonan untuk diploma ini boleh di lakukan melalui laman web rasmi USM : www.usm.my

Antara syarat kelayakan untuk anda memohon kursus diploma ini, anda perlulah mempunyai gred 6C untuk 5 subjek di peringkat SPM iaitu untuk subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik , Sains, Biologi atau 1 subjek lain. Jika permohonan anda berjaya, anda akan di panggil untuk menghadiri sedi temuduga sebelum di serapkan masuk dalam kursus ini di USM Kelantan.

Ketiga, jika anda sudah punya pengalaman sebagai pelatih dan mahu memohon untuk bekerja di hospital kerajaan, anda juga boleh melakukan permohonan melalui dengan mengisis Borang SPA8 yang boleh anda layari melalui laman web SPA seperti yang telah di kongsikan di atas.

Jika permohonan anda berjaya, anda juga akan di panggil untuk sesi temuduga sebelum menerima lampiran khusus tentang maklumat hospital yang bakal anda di tempatkan untuk bertugas.

Semoga dengan panduan ringkas melalui artikel ini dapat membantu anda untuk membuat permohonan dengan cara yang betul dalam memenuhi minat untuk menjadi seorang jururawat.